"Ini ialah Tanah Melayu - tanah orang-orang Melayu. Ia adalah hak kepunyaan kita bukan sahaja pada segi sejarah tetapi juga pada sisi undang-undang. Ia tidaklah boleh dilepaskan dengan membuat perjanjian-perjanjian yang ditandatangani dengan cara Sir Harold Mac Michael telah membuatnya. Perjanjian yang telah dibuat oleh datuk nenek kita dahulu itu tidaklah boleh disifatkan sebagai carik-carik kertas sahaja. Orang-orang Melayu tidak boleh membenarkan perkara yang seumpama ini berlaku dengan begitu sahaja. Masa hadapan kita adalah di dalam taruhan. Kita berazam hendak memperolehi apa yang menjadi hak kita"
Dato' Onn Jaafar
Kongres Melayu Pertama
1-4 Mac 1946
Thursday, February 17, 2011
Thursday, February 10, 2011
CIta Sempurna Warisan Sejarah
Di alam gelap bintang teruna
Di tarik mata hati tertawan
Amalkan tetap cita sempurna
Barulah kata diri pahlawan
Mengganti pisang dengan kedondong
Lain dikunyah lain dirasa
Memanglah musang guru si jadong
Rosak amanah cita binasa
Laung suara tiada hatinya
Hendakkan bangsa gagah dan maju
Sungguhpun mesra semak ertinya
Jangan biasa salah teraju
Nukilan: Almarhum Prof. Dato' Dr. Syed Hussein Alatas
Cita Sempurna Warisan Sejarah, 2000
Di tarik mata hati tertawan
Amalkan tetap cita sempurna
Barulah kata diri pahlawan
Mengganti pisang dengan kedondong
Lain dikunyah lain dirasa
Memanglah musang guru si jadong
Rosak amanah cita binasa
Laung suara tiada hatinya
Hendakkan bangsa gagah dan maju
Sungguhpun mesra semak ertinya
Jangan biasa salah teraju
Nukilan: Almarhum Prof. Dato' Dr. Syed Hussein Alatas
Cita Sempurna Warisan Sejarah, 2000
Wednesday, February 9, 2011
Mencari Pedoman
Kala mencari pastinya teraba
Mencari-cari kemana penghujungnya
Mencari manusia pastikan terencana
Pasti akhirnya tidak teraniaya
Hidup si daun bertunjang dahannya
Berakar pokok pastinya bertanah
Manusia hidup ada pendorongnya
Supaya nanti kembali tidak bernanah
Petualang berkuasa nafsu jadi tungganggannya
Iblis dan syaitan dijadikan pedoman
Manusia berilmu Guru sandarannya
Agar hidup tidak keruan
Mencari-cari kemana penghujungnya
Mencari manusia pastikan terencana
Pasti akhirnya tidak teraniaya
Hidup si daun bertunjang dahannya
Berakar pokok pastinya bertanah
Manusia hidup ada pendorongnya
Supaya nanti kembali tidak bernanah
Petualang berkuasa nafsu jadi tungganggannya
Iblis dan syaitan dijadikan pedoman
Manusia berilmu Guru sandarannya
Agar hidup tidak keruan
Subscribe to:
Posts (Atom)